Konsep Idealisme
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, idealisme ialah sifat, iaitu sikap atau perbuatan melihat atau
mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Idealisme didefinisikan
sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal. Menurut W.F Hocking pula, idealisme
merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal atau
jiwa dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Kelebihan idealisme ialah
berteraskan kesedaran intelek dan system berfikir secara rasional dan logik
untuk mengenal pasti sesuatu kebenaran, lebih bersifat static, stabil dan sukar
berubah. Kelemahan idealisme pula ialah walaupun logik merupakan perkara asas,
namun tidak semuanya boleh digunakan kerana terdapat perubahan dari semasa ke
semasa.
Konsep Falsafah
Perkataan
‘falsafah’ berasal daripada bahasa Yunani, iaitu philosophia, iaitu philo ertinya
cinta dan sophia ertinya
kebijaksanaan. Falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai imu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Al-Farabi pula mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu
yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Falsafah menurut
Plato pula bermaksud menenliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara
di sebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan inti pati
pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa
zatnya.
Kaitan
Antara Idealisme Dengan Falsafah
Kedua-dua elemen
ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk
memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya
agung. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan
bertepatan dengan kehendak pembaca. Para pengkarya itu juga menerapkan
kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang
sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan
idealisme dan falsafah dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam
pengoperasian sesuatu karya agung.
Idealisme Bersumberkan Alam
Kehidupan manusia
tidak dapat lari daripada alam, malah banyak perkara yang berlaku dalam
kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan diumpamakan dengan alam
ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan, angkasa, lautan mahupun
hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi. Idealisme yang bersumberkan alam
ini dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan, misalnya berkaitan
tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan sebagainya. Mortimer Jerome Adler menyatakan,
berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai
bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma
haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007: 12). Bukan sahaja pada satu bahagian, malah
pada ketika menulis manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan alam.
Karya-karya yang dihasilkan oleh moyang kita suatu ketika dahulu menemukan
banyak perumpamaan yang dihasilkan dengan sumber alam. Sumber alam juga
digunakan untuk menyampaikan sesuatu
oleh pengarang-pengarang zaman dahulu.
Idealisme Bersumberkan Alam dalam Karya Agung
1. Penerokaan Pembukaan Sesebuah Negeri
- Terbukti dalam
karya Sulalatus Salatin, iaitu pada bahagian penubuhan Kota Melaka.
- Parameswara bersama
pengikut-pengikutnya sedang berteduh dan bersandar pada sepohon kayu.
- Parameswara
bertanyakan nama pokok tersebut kepada pengikutnya dan pengikutnya mengatakan
bahawa poko tersebut ialah pokok Melaka.
- Di situ, berlaku
kejadian yang luar biasa di mana seekor pelanduk putih menendang anjing buruan
Parameswara masuk ke dalam sungai.
- Melihat kepada
kejadian yang menakjubkan itu, Parameswara tertarik untuk menjadikan kawasan
tersebut sebagai tempat untuk dibangunkan kota dan negeri.
- Dalam karya
Sulalatus Salatin, pengarang menggunakan unsur tumbuhan dan binatang sebagai
idea untuk menulis mengenai pembukaan Kota Melaka kerana sumber alam tersebut
adalah sumber yang dekat dengan pengarang.
2. Peminangan Seorang Puteri
- Terbukti dalam
Sulalatus Salatin pada bahagian peminangan Puteri Gunung Ledang.
- Sultan Melaka
memilih Puteri Gunung Ledng sebagai isteri setelah isterinya yang pertama
mangkat.
- Sumber alam banyak
diperlihatkan oleh pengarang dalam syarat-syarat peminangan Puteri Gunung
Ledang, iaitu satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung
Ledang, hati nyamuk tujuh dulang, tujuh dulang hati kuman, setempayan air mata,
setempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Ahmad.
3. Sumber Haiwan
- Terbukti dalam
Hikayat Hang Tuah :
- “Maka sembah mangkubumi, “Baiklah, tuanku.” Maka
mangkubumi pun bermohonlah keluar akan berlengkap gajah kuda dan rakyat
sekalian.” (Hikayat Hang Tuah,
1995:3)
- Pengarang
menggunakan unsur haiwan dalam kepengarangan untuk menggambarkan kepentingan
haiwan dalam kehidupan manusia.
4. Sumber
Lautan
- “Maka Raja Suran fikir
dalam hatinya, ‘Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut
bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya
aku ketahui betapa halnya.” (Sulalatus Salatin, 2003:14.)
- Petikan
ini menunjukkan bahawa penulis berasa perlu untuk memasukkan unsur alam dalam
pengkaryaannya meskipun kadangkala dilihat hal itu tidaklah begitu penting. Hal ini membuktikan bahawa
kaitan antara manusia dan alam seperti lautan juga adalah sesuatu yang dianggap
sebagai keperluan.
5. Sumber Api dan Air
- “Bahawa
demikianlah susahnya aku ini dipeliharakan oleh ibu bapaku: seperti meniup api
dalam air, adanya. (Hikayat Abdullah, 2004: 15)
- Petikan
ini pula menunjukkan
terdapat penggunaan perumpamaan yang dikaitkan dengan kehidupan manusia melalui
kepengarangan kisah hidup Abdullah yang ditulis oleh beliau sendiri.
Falsafah Bersumberkan Melayu
Kehidupan
masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh hal
yang demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka.
Misalnya, mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi
tersebut pula terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi
bicara, hati budi dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan
unsur-unsur tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut:
1. Budi
bahasa
Budi
bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan,
positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan
kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64). Contoh
penerapan unsur ini dalam karya agung dapat dilihat dalam contoh di bawah:
“Pada
masa itulah wafat Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani iaitu pada malam Isnin 12
haribulan Rejab, pada Hijrah 1039 tahun, bahawa Syeikh itu alim pada segala
ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang ditaklifkannya.” (Sumber:
Bustan al-Salatin, 1992)
Hal ini
menunjukkan bahawa Nuruddin adalah seorang individu yang mempunyai budi bahasa
yang tinggi. Hal ini demikian kerana walaupun beliau bertelagah dengan
Syamsuddin, beliau tetap menghormatinya sebagai seorang ulama dan manusia
biasa. Ungkapan yang dinyatakan oleh Nuruddin adalah satu pengiktirafan oleh
beliau terhadap kewibawaan ulama tersebut.
2. Budi
Pekerti
Bagi
gagasan budi pekerti, ia lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun
demikian, unsur kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang
dihasilkan oleh seseorang individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011),
budi pekerti adalah satu aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh
masyarakat dari sudut baik dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut
merangkumi kelakuan yang bersopan-santun, tertib dan sebagainya. Nilai ini
dapat diperhatikan dalam Syair Ken Tambuhan seperti contoh di bawah:
Jika ia
dikasihi raja,
Tiadalah
ia melanja-lanja,
Tiadalah
menyombong pada bekerja,
Dengan
taulannya bersamaan
sahaja.
(Sumber:
Syair Ken Tambuhan)
Dalam petikan di atas,
diperlihatkan sifat raja yang mengasihi rakyat dan melayan mereka sama rata.
Hal ini demikian kerana, kebanyakan raja pada zaman dahulu kebiasaannya
mementingkan kedudukan dan memandang rendah terhadap rakyat. Oleh yang
demikian, dalam syair tersebut ditekankan sikap raja yang amat mengasihi rakyat
dengan menunjukkan budi pekerti yang baik.
3. Budi Bicara
Pendefinisian budi yang
seterusnya pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam
setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang
mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.
Dalam karya agung Syair Ken Tambuhan dinyatakan bahawa Raden Menteri seorang
suami yang sanggup mencari buah pauh janggi keinginan isterinya yang sedang
mengidam. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan isterinya yang berbadan
dua, namun kerana kasih dan kasihan kepada isterinya, dia sanggup menghadapi
sebarang bahaya. Justeru, sewaktu dia meninggalkan isterinya dan istana, dia
berpesan dengan pesanan seperti berikut;
Ia
berkata kepada ayah dan bonda,
Puteri
sekalian putera anakanda,
Jikalau
ada satu bahaya anakanda,
Puteri
sekalian putera anakanda.
(Naskah
koleksi DBP: 133/2011)
Petikan
yang dinyatakan telah mencerminkan kepada pembaca bahawa nilai budi bicara ini
amat dekat dalam kehidupan masyarakat Melayu pada ketika dahulu. Malahan nilai
ini turut diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4. Hati Budi
Hati budi
pula bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk
melahirkan hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana
kesucian hati akan menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan
dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk. Aspek
ini juga tidak lupa diterapkan dalam karya klasik Melayu. Sebagai contoh, ia
dapat dilihat dalam petikan karya Bustan al-Salatin;
“kemudian
dari itu maka kerajaan Sultan Hussain ibn Sultan Alaudin yang bergelar Sultan
Ali Riayat Syah, pada hari ahad, sehari bualn Safar. Ialah sangat halm
perangainya dan pengasih akan segala rakyatnya akan segala ulama, syfakat akan
segala fakir dan miskin.” (Sumber: Bustan al-Salatin (selenggaraan)
Siti Hawa Hj Salleh, 1992)
Petikan
di atas menggambarkan seorang raja yang yang mempunyai hati budi yang baik yang
mana beliau sangat mengasihi rakyat jelatanya walaupun beliau terdiri daripada
golongan raja. Beliau sanggup menderma kepada rakyat yang memerlukan. Beliau
amat mengasihi rakyat jelata sehinggakan segala kesusahan rakyat diambil tahu.
5. Akal Budi
Pertimbangan
akal sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui
pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan
sikap seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara
yang dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini
sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri,
keluarga dan juga masyarakat. Nilai ini ada diselitkan dalam karya agung yang
terdahulu. Contohnya dalam petikan yang berikut:
Namanya
Raden Puspa Kencana,
Lakunya
bijak laksana,
Akal
bicaranya amat sempurna,
Sifatnya
lengkap hamba laksana
(Sumber: Syair Ken Tambuhan, 2002: 5)
Pengarang
menerangkan dalam syair tersebut berkaitan watak Raden Puspa Kencana yang
sangat bijak dan cerdik. Hal ini terbukti apabila penyair menyatakan bahawa
tidak ada seorang yang dapat mengalahkan beliau jika diajak untuk lawan
berdebat. Nilai ini diselitkan dalam syair tersebut supaya mereka mencontohi
sikap Raden Puspa Kencana yang bijak bagi mengelakkan diri daripada ditindas
oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment