Definisi Awal Istilah “Melayu”
- M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya
yang berjudul Geographike Sintaxis.
- Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
- Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada
raja China sekitar 644-645 Masihi.
- Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama
I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang
dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan
Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
- Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara
yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ
ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai
bahasa Melayu kuno.
- Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari
bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian
belakangnya.
- Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama
sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
Definisi “Melayu” dari Segi Etimologi
- Etimologi: Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta
makna perkataan tersebut.
- Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan
“hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud
“tempat bersalji”.
- Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu”
atau “kerajaan Melayu”.
- Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu
yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
- Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut
dalam buku Sejarah Melayu.
- Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk
kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama
Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi “Melayu” Berdasarkan Bangsa
- Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian
yang luas dan pengertian yang sempit.
1. Pengertian yang luas
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan
Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu
merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang
Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu
merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
2. Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam
Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu
dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya
berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar
kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang)
Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih
berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu
dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah
semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
- orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan
Malaysia.
- orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir
Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama
Budha, Kristian.
- orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama
Kristian.
- orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama,
agama-agama lain.
Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk
Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern, kumpulan bangsa Melayu
berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa
kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih
tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.
No comments:
Post a Comment