Thursday, May 1, 2014

Takkan Melayu Hilang di Dunia




"Ini Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya
Dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya."

Hang Tuah digambarkan sebagai manusia yang luar biasa. Beliau mempunyai watak yang unggul dari segi sifat budaya dan kemanusiaannya seperti sifat berani, rasional, baik hati dan pemurah. Hang Tuah juga memiliki sifat taat setianya kepada raja, bangsa dan negara. Hang Tuah juga memiliki sifat keperwiraan dan pandai menggunkan senjata, mempunyai sifat berani, ketahanan diri dan keyakinan menentang musuh serta membela raja atau mempertahankan negara. Hang Tuah rajin menuntut ilmu dan bekerja keras untuk mengubah status diri daripada hanya seorang rakyat biasa menjadi pembesar negara. Beliau memperoleh status itu bukan secara diwarisi tetapi dengan penat lelah dan semangat yang cekal. Keberaniannya juga tiada tolok tandingannya. Hikayat Hang Tuah merupakan satu-satunya epik kebangsaan Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: "Takkan Melayu Hilang di Dunia". 



Sunday, April 27, 2014

I La Galigo




La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walau bagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.


Thursday, April 3, 2014

Puteri Gunung Ledang





Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya. 


Wednesday, April 2, 2014

Hikayat Merong Mahawangsa





Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia, Clash of the Empires untuk pasaran United Kingdom) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.